Tuesday, 23 August 2016

 Karnival Jelajah INFRATANI Peringkat PKM  DUN Sg Air Tawar 2016.






Telah berlangsung acara karnival yang gilang gemilang pada 20hb.Ogos 2016 di dewan orang ramai Sri Nakhoda Simpang 4 BNO Sabak Bernam Selangor. Lokasi yang merupakan centre untuk para penduduk sekitar DUN Sg Air Tawar sememangnya amat sesuai untuk dihadiri oleh penduduk sekitarnya lantaran berlangsung nya program tersebut pada sepanjang hari Sabtu.

Bermula seawal pagi lagi YB Zaidy Abd Talib membuat lawatan  ke tapak Infra, juga tidak ketinggalan melawat jeti nelayan Kg Simpang 4 BNO, melawat Ban di Kg Sg Apong dan seterusnya merasmikan Kunci Air Kg Simpang 4 BNO.

Program ilmu yang sarat dengan pengisian dimulakan dengan Kuliah Dhuha pada Jam 9.00am yang di tetajui oleh ikon dakwah tersohor iaitu Ustaz Haryanto Rizal Rokman.

Di masa yang sama turut diadakan acara pameran pameran produk produk pertanian dan juga dilangsungkan pertandingan hasil tani antara kampung, pertandingan mewarna untuk kanak kanak, memancing traditional untuk kaum lelaki dan tidak ketingalan pertandingan memasak antara kampung untuk kaum ibu. Disamping itu juga terdapat pertunjukan dan pertandingan lumba kereta mikro Tamiya yang juga menawarkan hadiah menarik untuk pemenang acara tersebut.


 

Di perkarangan luar dewan juga tak kurang meriahnya dengan aneka jualan yang disertai oleh berbilang masyarakat boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan. Produk jualan traditional antaranya kuih bahulu, kerepek pisang,  ubi pedas, biskut dan buah buahan tempatan ada di jual di sini.

Disebelah malam pula di adakan program kuliah maghrib dan bual bicara bersama Ustaz Yusri Karim,  Ustaz Ghazali Omar dan juga penampilan istimewa  artis Zul Handyblack. Wah!!  Meriah tu.. Pendek kata macam macam ada.. Memang best.


 Chef diundang untuk menjadi juri pertandingan memasak dan juga membuat persembahan demonstrasi masakan di acara petang. Program yang bermula pada jam 3.00pm itu berlangsung dengan meriahnya dimulai dengan sessi pengenalan,  diikuti demo masakan dan seterusnya menjadi juri untuk pertandingan masakan antara kampung. Setiap kampung akan diwakili oleh 2 orang peserta dan kesemuanya melibatkan sebanyak 15 kampung.

Ketika chef membuat persembahan demonstrasi masakan, ada di selitkan petua petua dan tips serta perkongsian pengalaman diantara chef dan juga pengunjung.







Sessi yang agak santai itu juga dimeriahkan dengan bantuan sukarelawan yang sudi memasak bersama sama chef.

Pada petang itu chef telah kongsikan 2 resepi ringkas khas untuk orang orang Sabak Bernam iaitu Kerabu Daging Ala Thai dan juga Kuei Tiow Ladna Istimewa.
Sejurus selepas acara demonstrasi masakan, chef bergegas pula mengendalikan tugas sebagai juri pertandingan kerana semua para peserta dah pun bersiap siaga dengan alatan dan bahan bahan masakan.



 Oleh kerana tema masakannya berkenaan kuei tiow maka  bahan bahan agak ringkas dan tidak renyah penyediaannya. Katakan lah apa saja mengenai menu kuei tiow semua nya ada. Dari kuei tiow goreng, kering dan basah, kuei tiow kung fu,  ladna, masam manis masin dan pedas semua nya ada. Pendek kata orang orang Sabak Bernam  memang berbakat besar dan handal dalam memasak kuei tiow. Suasana semasa pertandingan memang agak kelam kabut kerana semua peserta teruja nak menujuklan kehandalan masing masing al maklumlah mereka ni kan mewakili kampung masing masing, namun terkawal dan semuanya berjalan lancar. Masa yang di berikan adalah 15 minit.

Setelah masa bertanding tamat, tibalah masa yang di nanti nantikan bila chef kena merasa semua hidangan untuk pemarkahan. Mmm setelah merasa kesemuanya 15 hidangan kuei tiow. Semuanya sedap sedap!! . Akhirnya chef telah memilih 3 hidangan antara yang terbaik dan menarik persembahan nya. Komen chef terhadap para peserta, mereka semuanya handal memasak dan berbakat besar dalam seni kulinari tapi mungkin disebabkan masuk pertandingan maka mereka agak gemuruh dan itu mungkin menjejaskan persembahan mereka. Apapun tahniah di ucapkan kepada semua para peserta. Chef juga dijemput untuk acara peyampaian hadiah. Semuanya happy dan puas hati.






Sekian untuk catatan kali ini.. Ada cerita baru chef akan update lagi ya.. Wassalam






























No comments:

Post a Comment