Friday, 5 August 2016
Pulut Ayam Wakaf Che Yeh.
Minggu lepas ketika kunjungan Chef ke Kota Bharu Kelantan untuk tugasan disana, sempat lah Chef 'berjalan jalan mencari makan' di sana. Kebetulan Chef tinggal di hotel yang sama dengan Chef Hadzrin di Hotel Holiday Villa yang lokasinya hanya di seberang jalan sahaja dengan tempat popular Wakaf Che Yeh. Memang best la sebab kami berdua memang 'food eksplorer' yang serasi.. Hehehe.
Kalau di ikutkan memang tak lengkap kunjungan anda ke Kelantan sekiranya anda gagal hadir ke pasar malam Wakaf Che Yeh (WCY) kerana WCY merupakan hub setempat untuk para peniaga tempatan pelbagai jenis jualan. Kain baju aneka jenis, kain ela, gajet gajet elektronik terkini, minyak wangi, buah buahan serta sayuran segar ada di jual disini. Tak ketinggalan pilihan jenis makanan dan juga minuman turut mudah didapati disini. Antaranya makanan tradisi Kelantan dan juga hidangan ala Thai seperti pulut pauh, pulut ayam, nasi kerabu, nasi khaw mok boleh anda cuba. Chef Hadzrin mencadangkan saya mencuba pulut ayam kerana aroma ayam gorengnya begitu menggamit selera. Ada dua kedai yang menjual pulut ayam di WCY. Kedua duanya kami cuba hehe.. Mmmmdapp. Dia punya serdak bawang putih tu memang power.
Sambil makan ayam masing masing cuba menganalisa bahan bahan perap ayam goreng tu.. Huh!!. Esok malam pun pekena lagi pulut ayam tu. Kalau dah repeat sampai dua malam tu memang kena publish la nampaknya resepi ayam goreng untuk pulut ayam tu.
Ok lah ni ha resepi Ayam Goreng tu yea..
Bahan bahannya:
1 ekor ayam (potong 16)
2 ulas bawang besar
2 inci halia
15 biji bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk perisa
Garam secukup rasa
Cara caranya:
-Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kesemua bahan perap yang dikisar.
-Biarkan seketika ayam yang telah di perap selama 10 minit.
-Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak atau kuning keemasan dan sedia untuk dihidang bersama pulut atau nasi panas.
Gambar kat bawah ni adalah hasil experiment resepi yang Chef cuba sendiri...
Ok gak...kalernya pun dah sama, rasanya pun hampir serupa. Cuba ya, jangan tak cuba tau..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment