Wednesday, 3 August 2016

           Premiere Century Ride 2016.


       Pada tarikh 31 Julai yang lalu telah berlangsung acara Klang Premiere Century Ride anjuran Premiere Hotel Bandar Bukit Tinggi Klang iaitu kayuhan suka suka atau 'Fun Ride' acara berbasikal Mountain Bike atau MTB dan juga Premiere Century Race telah pun berlangsung dengan meriahnya.

        Seramai hampir 1000 peserta dari dalam dan luar negara untuk acara Premiere Race berjaya menyertai acara itu untuk jarak sejauh 135 km manakala lebih 400 peserta pelbagai peringkat usia pula menyertai acara santai fun ride sejauh 18 km.

          Oleh kerana Chef hanya menyertai acara fun ride maka kebanyakan cerita kali ini tak dapat lagi nak cover cerita premiere race yang kebanyakannya peserta pro dan menggunakan basikal jenis road bike (RB) manakala geng geng fun ride kesemuanya mengunakan basikal jenis MTB.

          Seperti biasa bila ada acara kayuhan secara beramai ramai ni Chef bersama dengan geng geng santai kami akan bersiap sedia dengan segala keperluan yang perlu seperti menyiapkan MTB kami dalam keadaan yang siap siaga..hehehe. Basikal pun masing masing dah basuh siap siap, baju 'lumba'pun dah gosok, dan juga bekalan minuman air tenaga dan juga buah pisang juga telah tersedia. Cuma Chef aje yang rasanya tak sempat nak buat persiapan macam tu sebab memang tak sempat sebab malam sebelumnya Chef masih lagi berada di Kota Bharu dengan tugasan Emcee program masakan Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 disana selama 3 hari. Sepatutnya dapat pulang awal tapi flight pula delay lebih 4 jam... Hai nasib la ya. Malam tu gerak dari KB pada jam 11.55 tengah malam, jadinya sampai di airport Subang pada jam 01.10 pagi. Gedebak gedebuk sampai rumah dah pukul 02.15 pagi.

       Esoknya nasib baik sahabat sahabat fun ride Chef buat morning call, kalau tak memang kelaut la jawabnya. Hehe. Kami bersiap menuju ke Bandar Bukit Tinggi Klang pada kira kira Jam 06.30 pagi dan sampai di sana lebih kurang pukul 7.00 pagi. Masa tu dah ramai orang rupanya sampai di lokasi. Difahamkan pihak urusetia baru sahaja melepaskan peserta Premiere Century Race. Kami meletak kereta kami di ruang parkir pusat membeli belah Tesco sebab rata rata kebanyakkan peserta yang datang semuanya park kat situ.

         Acara Fun Ride kami di lepaskan tepat jam 07.30 pagi dan semua para peserta kelihatan ceria dan teruja. Dengan diiringi dan di kawal lalulintas oleh abang abang Polis trafik Klang semuanya lancar dengan perjalanan sejauh 18 km menyelusuri jalan jalan dibandar Klang. Antara jalan yang dilalui ialah Jalan depan Hospital, jalan depan stesen komputer melalui bangunan Mahkamah Klang kemudian kami lalu pula di Jambatan Kota yang penuh nostalgia tu sebelum berpatah balik menuju ke Hotel Premiere Bandar Bukit Tinggi.

        Kami tiba dengan selamat di grid Finish Line kira kira jam 8.30 pagi seterusnya di kalungkan medal penyertaan oleh pihak urusetia.

       Biarlah gambar gambar bercerita betapa meriahnya acara yang kami sertai.

       Lepas ni banyak sebenarnya acara fun ride dan jamboree menanti kami. Tak tau lagi nak masuk yang mana satu kerana tarikh berlangsung semuanya dekat dekat. Maklumlah bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

       Ok lah setakat ni dulu catatan ringkas Chef kali ni.. Ada cerita baru kita update lagi yea...Sekian dulu,  Wassalam...

No comments:

Post a Comment