Ye ke nie!! Chef jadi Emcee??
Assalamualaikum semua. Sepatutnya entri ini disiarkan sebelum entri kayuhan Klang Premiere Century Ride. Tapi ada beberapa perkara masih belum selesai lagi maka tersiar lah entri ni selepas peristiwa berkayuh tu. Jangan marah yea...
Ok begini ceritanya..
Pada 29 Julai 2016 lalu Chef diundang untuk membuat tugasan emcee atau pengacara majlis. Walau pun tugasan ini nampak senang je (bercakap je kan, bukannya memasak) tapi tanggungjawab nya boleh tahan berat tau. Hehe...
Unilever Foodsolutions sebuah syarikat yang mengedar produk jenama Knorr, Lady's Choice, Lipton dan Planta telah menganjurkan satu pertandingan masakan iaitu Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 bertempat di Pasaraya Nirwarna Maju, Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim.
Tiga personaliti terkenal iaitu Chef Hadzrin, Chef Johari Edris atau lebih di kenali sebagai Chef Papa Joe dan juga Food blogger iaitu Puan Ruzita Idias Ismail merupakan juri pertandingan kali ini.
Pihak penganjur telah memilih 4 zon untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 iaitu Zon Tengah di Shah Alam Selangor, Zon Selatan di Johor Bahru, Zon Pantai Timur di Kota Bharu Kelantan dan Zon utara di Alor Setar Kedah. Chef cuma beraksi sebagai emcee untuk zon pantai timur, zon utara dan InsyaAllah pada final di KL nanti.
Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 akan di adakan di Kuala Lumpur dimana setiap pemenang peringkat Zon akan berentap di peringkat akhir dan para pemenang akan ditawarkan hadiah yang cukup lumayan. Antara hadiah utamanya ialah juara pertandingan ini akan dapat mengerjakan Ibadah Umrah untuk dua orang. Wow hebat tu..
Pertandingan pada peringkat zon pantai timur ini disertai oleh 10 peserta dari pelbagai negeri dan yang menariknya ada dua peserta yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini adalah dari Sarawak. Menarik kan.. Dah hadiah lumayan, siapa tak nak ya tak?.
Dari segi pemarkahan pula, para juri menetapkan jumlah besar pemarkahan ialah 60% untuk rasa hidangan, 30% untuk penampilan dan hiasan dan 10 % kebersihan work station.
Berikut adalah senarai para pererta serta masakan mereka :
1. Suzaini Bin Sulaiman (Patin Salai Masak Lemak Variasi Knorr)
2. Taibee Bin Hamdan (Lagenda Kari Ayam)
3. Hajijah Bt Bakir (Udang & Kicap H & H)
4. Noraezah Bt Salleh (Ikan Masak Lemak Kedondong)
5. Mohd Sharifudin Bin Saleh (Daging Gunting Kari Briani CItarasa Knorr)
6. Rabiah Bt Sulaiman (Masak Lemak Ayam Cendawan Knorr)
7. Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias Ahmad (Masak Lemak Ayam Salai Bersama Pucuk Ubi Ala Knorr)
8. Salina Bt Ismail (Ketam Merah Kari Knorr)
9. Mohd Hanif Bin Othman (Masak Lemak Wangi)
10.Nazura Bt Zainal Abidin (Satay Gulung Berkuah Kari Knorr).
Pada pusingan pertama 5 peserta akan bertarung terlebih dahulu dan pada pusingan kedua akan diikuti 5 peserta yang lain pula.
Dalam Cabaran Raja Kuah Knorr ini, kesemua para peserta diwajibkan menggunakan bahan-bahan perisa masakan yang ditaja oleh Knorr seperti Stok Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap. Santan dan kicap pula menggunakan produk Harmuni. Manakala alatan memasak pula ditaja oleh jenama Butterfly. Para peserta juga dibenarkan membawa bahan-bahan lain serta hiasan untuk menghias masakan mereka.
Tiba lah masa yang ditunggu tunggu. Mengumumkan nama pemenang. Ini lah sebenarnya cabaran sebagai emcee. Semuanya berdebar debar termasuk chef sendiri. Bak kata Chef Hadzrin.. Beliau sempat bebisik pada Chef ''ini lah saatnya yang paling kritikal dan penting peranan seseorang emcee pertandingan'' iaitu semasa mengumumkan nama pemenang. Al maklum lah kita yang umumkan semua para pemenang kan.. Buatnya tersasul ke, terlepas cakap ke.. Kan ke naya ye tak?? . Nak pulak hadiahnya pun boleh tahan lumayan. Nasib baik la semuanya terkawal dan under control. Alhamdulillah..
Perserta dari negeri Kedah iaitu Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias Ahmad dengan masakan Masak Lemak Ayam Salai Bersama Pucuk Ubi Ala Knorr yang mana membawa pulang hadiah bernilai RM6,500.00 (termasuk barangan dari Penaja), diikuti pemenang tempat kedua Mohd Sharifudin Bin Saleh dengan masakan Daging Gunting Kari Beriani CItarasa Knorr yang membawa pulang hadiah bernilai RM4,000.00 (termasuk barangan dari penaja) dan pemenang tempat ketiga ialah Salina Bt Ismail dengan masakan Ketam Merah Kari Knorr yang membawa pulang hadiah bernilai RM2,500.00 (termasuk barangan dari penaja).
Sekian dulu untuk seketika. Nantikan entri Cabaran Raja kuah Knorr 2016 zon utara yang akan berlangsung di Alor Setar Kedah.
Wassalam.