Pada 03 Sept 2016 lalu sekali lagi seperti dijanjikan Chef diundang untuk membuat tugasan emcee untuk program promosi dan pertandingan memasak Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 peringkat separuh akhir untuk zon utara.
Unilever Foodsolution menganjurkan satu pertandingan masakan iaitu Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 kali ini bertempat di Pasaraya Aeon Big Alor Setar Kedah Darul Aman.
Tiga personaliti terkenal iaitu Chef Hadzrin, Chef Johari Edris atau lebih di kenali sebagai Chef Papa Joe dan juga Food blogger dari utara iaitu En Nor Ariffin Hamzah merupakan juri pertandingan kali ini.
Pihak penganjur telah memilih 4 zon untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 iaitu Zon Tengah di Shah Alam Selangor, Zon Selatan di Johor Bahru, Zon Pantai Timur di Kota Bharu Kelantan dan Zon utara di Alor Setar Kedah. Chef cuma beraksi sebagai emcee untuk zon pantai timur, zon utara dan InsyaAllah pada final di KL nanti.
Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 akan di adakan di Kuala Lumpur dimana setiap pemenang peringkat Zon akan berentap di peringkat akhir dan para pemenang akan ditawarkan hadiah yang cukup lumayan. Antara hadiah utamanya ialah juara pertandingan ini akan dapat mengerjakan Ibadah Umrah untuk dua orang. Wow hebat kan..
Untuk acara promosi pada waktu pagi, selain tawaran istimewa menanti pelangan yang berbelanja RM30.00 dalam satu resit mereka layak untuk mendapatkan peluang satu pusingan roda bertuah dimana setiap pusingan pasti mendapat hadiah. Mmm menarik kan..
Antara acara lainnya juga di adakan demonstrasi memasak yang di persembahkan oleh Sous Chef dari Unilever Foodsolutions iaitu Chef Hadzrin Mohd Din.
Disamping berkongsi ilmu memasak beliau bercerita akan tips dan juga petua didapur. Untung la siapa yang hadir menyaksikan program demo memasak tu kan..
Pertandingan pada peringkat zon utara ini disertai oleh 10 peserta dari pelbagai negeri dan kali ini orang orang utara memang ramai turut serta mengambil bahagian. Selain peserta yang datang dari Kedah ada juga mrreka yang datang dari Pulau Pinang, Perak dan juga dari lembah kelang. Pelbagai latar belakang sebenarnya para peserta kali ini.
Selain tukang masak, ada juga peniaga pasar malam, peniaga nasi lemak, peniaga burger dan ada juga pensyarah yang turut serta bertanding kali ni. Menarik kan.. Dah hadiah lumayan, siapa tak nak ya tak?.
Dari segi pemarkahan pula, para juri masih mengekalkan format yang sama seperti zon zon lain sebelum ini iaitu menetapkan jumlah besar pemarkahan ialah 60% untuk rasa hidangan, 30% untuk penampian dan hiasan dan 10 % kebersihan work station.
Berikut adalah Senarai peserta yang bertanding bagi peringkat zon utara.
1.En Mohd Faizal Mahat
2.Pn Zainab Harun
3.Pn Norihan Kadir
4.En Anas Ahmad
5.En Noriman Khairullah Abdual Nasir
6.Pn Fauziah Hamid
7.Pn Fatimah Zarah Yusop
8.En Budiman Bistari Mohamed
9.Pn Zainab Mohd Hussain
10.En Mohamed Iskandar Ishak
Pada pusingan pertama 5 peserta akan bertarung terlebih dahulu dan pada pusingan kedua akan diikuti 5 peserta yang lain pula. Dalam Cabaran Raja Kuah Knorr ini, kesemua para peserta diwajibkan menggunakan bahan-bahan perisa masakan yang ditaja oleh Knorr seperti Stok Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap. Santan dan kicap pula menggunakan produk Harmuni. Manakala alatan memasak pula ditaja oleh jenama Butterfly. Para peserta juga dibenarkan membawa bahan-bahan lain serta hiasan untuk menghias masakan mereka.
Tiba lah masa yang ditunggu tunggu..
Keputusan para pemenang diumumkan. Jeng jeng jeng!!!
Perserta dari Sg Petani Kedah iaitu En Budiman Bistari Mohamrd membawa pulang hadiah bernilai RM6,500.00 (termasuk barangan dari Penaja), diikuti pemenang tempat kedua Pn Zainab Mohd Hussain telah membawa pulang hadiah bernilai RM4,000.00 (termasuk barangan dari penaja) dan pemenang tempat ketiga iaitu En Mohamed Iskanfar Ishak yang membawa pulang hadiah bernilai RM2,500.00 (termasuk barangan dari penaja).
Sekian dulu untuk seketika.
Nantikan entri Cabaran Raja kuah Knorr 2016 peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tak lama lagi.
Sekian dulu, Wassalam...