Monday, 1 October 2018

Pada 30 September 2018 yang lalu telah berlangsung nya Karnival Harmoni anjuran AMK Kapar dengan sekongan Ketua Cabang Kapar Yang Berbahagia Dato Azizi Ayob telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan dan padang Sekolah Kebangsaan Kg Sementa.

Karnival tahunan yang bertujuan memberikan ruang untuk masyarakat setempat dan penduduk di sekitar Kg Sementa beriadah dan juga menyertai temasya sukan rakyat. Antara acara yang di rancang termasuk pameran motor retro, pertandingan karaoke, peraduan teka biji kacang, teka pisang, sukan rakyat kategori lelaki dan juga wanita. Tidak ketinggalan acara jualan makanan dan minuman, food truck yang menyediakan hidangan istimewa untuk para pengunjung. Penutup acara karnival telah pun berlangsung perlawanan bola sepak antara pasukan pilihan artis seperti  Aweera, Fiq Mentor, Kieran dan lain lain lagi menentang pasukan Sementa FC.

Karnival Harmoni Kapar telah pun melabuhkan tirainya namun banyak peristiwa dan kejayaan telah pun dilakarkan kelmarin. TSJ telah menghantarkan sejumlah kontijen untuk mempersembahkan aksi terbaik. Hasilnya beberapa rekod baru kejohanan telah tercipta.

Keceriaan kem TSJ bermula dengan kejayaan Kapten Huri mengondol tempat pertama dengan acara bolajaring, diikuti oleh adik Aiman Zaki, Jumali dan juga Fazli di acara Pijak belon sampai pecah. Jikalau tadinya adik Aiman berjaya mendapat tempat ketiga diacara Pecah belon kini giliran bapanya pula menjulang kejayaan di acara lempar tin dengan selipar.

Dalam acara sepak penalti berpasukan pula TSJ telah menghantarkan dua pasukan unggulnya iaitu TSJ A dan TSJ B. Walaupun pasukan TSJ A berjaya melepasi peringkat kumpulan dan layak ke  pusingan suku akhir namun TSJ B terkandas di peringkat kumpulan.

Namun kem TSJ di gembirakan dengan kemenangan satu dua pada acara boling buah kelapa. Kejayaan tersebut di tempa oleh Mohd Tarmidi dengan beroleh tempat naib juara dengan 20 jatuhan pin mana kala Hafiz telah dinobatkan selaku juara baru kerana berjaya memperoleh 29 jatuhan pin.




Acara penyampaian hadiah telah sempurna kan oleh Dato Azizi Ayob Ketua Cabang Kapar, dan majlis berakhir pada jam 7.00 malam.
Apapun tahniah diucapkan kepada semua atlit yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kepada atlit yang gagal, jangan kecewa dan cuba lagi di temasya akan datang.

Tahniah semua. Anda memang Hebat!!

Monday, 5 September 2016





Pada 03 Sept 2016 lalu sekali lagi seperti dijanjikan Chef diundang untuk membuat tugasan emcee untuk program promosi dan pertandingan memasak Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 peringkat separuh akhir untuk zon utara.

 Unilever Foodsolution menganjurkan satu pertandingan masakan iaitu Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 kali ini bertempat di Pasaraya Aeon Big Alor Setar Kedah Darul Aman.



 Tiga personaliti terkenal iaitu Chef Hadzrin, Chef Johari Edris atau lebih di kenali sebagai Chef Papa Joe dan juga Food blogger dari utara iaitu En Nor Ariffin Hamzah merupakan juri pertandingan kali ini.

 Pihak penganjur telah memilih 4 zon untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 iaitu Zon Tengah di Shah Alam Selangor, Zon Selatan di Johor Bahru, Zon Pantai Timur di Kota Bharu Kelantan dan Zon utara di Alor Setar Kedah. Chef cuma beraksi sebagai emcee untuk zon pantai timur, zon utara dan InsyaAllah pada final di KL nanti.

 Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 akan di adakan di Kuala Lumpur dimana setiap pemenang peringkat Zon akan berentap di peringkat akhir dan para pemenang akan ditawarkan hadiah yang cukup lumayan. Antara hadiah utamanya ialah juara pertandingan ini akan dapat mengerjakan Ibadah Umrah untuk dua orang. Wow hebat kan..



 Untuk acara promosi pada waktu pagi, selain tawaran istimewa menanti pelangan yang berbelanja RM30.00 dalam satu resit mereka layak untuk mendapatkan peluang satu pusingan roda bertuah dimana setiap pusingan pasti mendapat hadiah. Mmm menarik kan..







Antara acara lainnya juga di adakan demonstrasi memasak yang di persembahkan oleh Sous Chef dari Unilever Foodsolutions iaitu Chef Hadzrin Mohd Din.

Disamping berkongsi ilmu memasak beliau bercerita akan tips dan juga petua didapur. Untung la siapa yang hadir menyaksikan program demo memasak tu kan..

 Pertandingan pada peringkat zon utara ini disertai oleh 10 peserta dari pelbagai negeri dan kali ini orang orang utara memang ramai turut serta mengambil bahagian. Selain peserta yang datang dari Kedah ada juga mrreka yang datang dari Pulau Pinang, Perak dan juga dari lembah kelang. Pelbagai latar belakang sebenarnya para peserta kali ini.

 Selain tukang masak, ada juga peniaga pasar malam, peniaga nasi lemak, peniaga burger dan ada juga pensyarah yang turut serta bertanding kali ni. Menarik kan.. Dah hadiah lumayan, siapa tak nak ya tak?.

 Dari segi pemarkahan pula, para juri masih mengekalkan format yang sama seperti zon zon lain sebelum ini iaitu menetapkan jumlah besar pemarkahan ialah 60% untuk rasa hidangan, 30% untuk penampian dan hiasan dan 10 % kebersihan work station.

 Berikut adalah Senarai peserta yang bertanding bagi peringkat zon utara.

 1.En Mohd Faizal Mahat
 2.Pn Zainab Harun
 3.Pn Norihan Kadir
 4.En Anas Ahmad
 5.En Noriman Khairullah Abdual Nasir
 6.Pn Fauziah Hamid
 7.Pn Fatimah Zarah Yusop
 8.En Budiman Bistari Mohamed
 9.Pn Zainab Mohd Hussain
10.En Mohamed Iskandar Ishak

 Pada pusingan pertama 5 peserta akan bertarung terlebih dahulu dan pada pusingan kedua akan diikuti 5 peserta yang lain pula. Dalam Cabaran Raja Kuah Knorr ini, kesemua para peserta diwajibkan menggunakan bahan-bahan perisa masakan yang ditaja oleh Knorr seperti Stok Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap. Santan dan kicap pula menggunakan produk Harmuni. Manakala alatan memasak pula ditaja oleh jenama Butterfly. Para peserta juga dibenarkan membawa bahan-bahan lain serta hiasan untuk menghias masakan mereka.










Tiba lah masa yang ditunggu tunggu..

 Keputusan para pemenang diumumkan. Jeng jeng jeng!!!

Perserta dari Sg Petani Kedah iaitu En Budiman Bistari Mohamrd membawa pulang hadiah bernilai RM6,500.00 (termasuk barangan dari Penaja), diikuti pemenang tempat kedua Pn Zainab Mohd Hussain telah membawa pulang hadiah bernilai RM4,000.00 (termasuk barangan dari penaja) dan pemenang tempat ketiga iaitu En Mohamed Iskanfar Ishak yang membawa pulang hadiah bernilai RM2,500.00 (termasuk barangan dari penaja).

 Sekian dulu untuk seketika.

Nantikan entri Cabaran Raja kuah Knorr 2016 peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur tak lama lagi.

Sekian dulu, Wassalam...

Tuesday, 23 August 2016

 Karnival Jelajah INFRATANI Peringkat PKM  DUN Sg Air Tawar 2016.






Telah berlangsung acara karnival yang gilang gemilang pada 20hb.Ogos 2016 di dewan orang ramai Sri Nakhoda Simpang 4 BNO Sabak Bernam Selangor. Lokasi yang merupakan centre untuk para penduduk sekitar DUN Sg Air Tawar sememangnya amat sesuai untuk dihadiri oleh penduduk sekitarnya lantaran berlangsung nya program tersebut pada sepanjang hari Sabtu.

Bermula seawal pagi lagi YB Zaidy Abd Talib membuat lawatan  ke tapak Infra, juga tidak ketinggalan melawat jeti nelayan Kg Simpang 4 BNO, melawat Ban di Kg Sg Apong dan seterusnya merasmikan Kunci Air Kg Simpang 4 BNO.

Program ilmu yang sarat dengan pengisian dimulakan dengan Kuliah Dhuha pada Jam 9.00am yang di tetajui oleh ikon dakwah tersohor iaitu Ustaz Haryanto Rizal Rokman.

Di masa yang sama turut diadakan acara pameran pameran produk produk pertanian dan juga dilangsungkan pertandingan hasil tani antara kampung, pertandingan mewarna untuk kanak kanak, memancing traditional untuk kaum lelaki dan tidak ketingalan pertandingan memasak antara kampung untuk kaum ibu. Disamping itu juga terdapat pertunjukan dan pertandingan lumba kereta mikro Tamiya yang juga menawarkan hadiah menarik untuk pemenang acara tersebut.


 

Di perkarangan luar dewan juga tak kurang meriahnya dengan aneka jualan yang disertai oleh berbilang masyarakat boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan. Produk jualan traditional antaranya kuih bahulu, kerepek pisang,  ubi pedas, biskut dan buah buahan tempatan ada di jual di sini.

Disebelah malam pula di adakan program kuliah maghrib dan bual bicara bersama Ustaz Yusri Karim,  Ustaz Ghazali Omar dan juga penampilan istimewa  artis Zul Handyblack. Wah!!  Meriah tu.. Pendek kata macam macam ada.. Memang best.

Friday, 5 August 2016



         

           Pulut Ayam Wakaf Che Yeh.


Minggu lepas ketika kunjungan Chef ke Kota Bharu Kelantan untuk tugasan disana, sempat lah Chef 'berjalan jalan mencari makan' di sana. Kebetulan Chef tinggal di hotel  yang sama dengan Chef Hadzrin di Hotel Holiday Villa yang lokasinya hanya di seberang jalan sahaja dengan tempat popular Wakaf Che Yeh.  Memang best la sebab kami berdua memang 'food eksplorer' yang serasi.. Hehehe.

Kalau di ikutkan memang tak lengkap kunjungan anda ke Kelantan sekiranya anda gagal hadir ke pasar  malam Wakaf Che Yeh (WCY) kerana WCY merupakan hub setempat untuk para peniaga tempatan pelbagai jenis jualan. Kain baju aneka jenis,  kain ela, gajet gajet elektronik terkini, minyak wangi, buah buahan serta sayuran segar ada di jual disini. Tak ketinggalan pilihan jenis makanan dan juga minuman turut mudah didapati disini. Antaranya makanan tradisi Kelantan dan juga hidangan ala Thai seperti pulut pauh, pulut ayam, nasi kerabu, nasi khaw mok boleh anda cuba. Chef Hadzrin mencadangkan saya mencuba pulut ayam kerana aroma ayam gorengnya begitu menggamit selera. Ada dua kedai yang menjual pulut ayam di WCY. Kedua duanya kami cuba hehe.. Mmmmdapp. Dia punya serdak bawang putih tu memang power.
Sambil makan ayam masing masing cuba menganalisa bahan bahan perap ayam goreng tu.. Huh!!.  Esok malam pun pekena lagi pulut ayam tu. Kalau dah repeat sampai dua malam tu memang kena publish la nampaknya resepi ayam goreng untuk pulut ayam tu.
Ok lah ni ha resepi Ayam Goreng tu yea..


Bahan bahannya:
1 ekor ayam (potong 16)
2 ulas bawang besar
2 inci halia
15 biji bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk perisa
Garam secukup rasa

Cara caranya:
-Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kesemua bahan perap yang dikisar.
-Biarkan seketika ayam yang telah di perap selama 10 minit.
-Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak atau kuning keemasan dan sedia untuk dihidang bersama pulut atau nasi panas.



Gambar kat bawah ni adalah hasil experiment resepi yang Chef cuba sendiri...
Ok gak...kalernya pun dah sama, rasanya pun hampir serupa. Cuba ya,  jangan tak cuba tau..





Sekian dulu seketika, selamat mencuba...

Ye ke nie!!   Chef jadi Emcee?? 



Assalamualaikum semua. Sepatutnya entri ini disiarkan sebelum entri kayuhan Klang Premiere Century  Ride. Tapi ada beberapa perkara masih belum selesai lagi maka tersiar lah entri ni selepas peristiwa berkayuh tu. Jangan marah yea...

Ok begini ceritanya..
Pada 29 Julai 2016 lalu Chef diundang untuk membuat tugasan emcee atau pengacara majlis. Walau pun tugasan ini nampak senang je (bercakap je kan, bukannya memasak) tapi tanggungjawab nya boleh tahan berat tau. Hehe...

Unilever Foodsolutions sebuah syarikat yang mengedar produk jenama Knorr, Lady's Choice,  Lipton dan Planta telah menganjurkan satu pertandingan masakan iaitu Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 bertempat di Pasaraya Nirwarna Maju, Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim.

Tiga personaliti terkenal iaitu Chef Hadzrin, Chef Johari Edris atau lebih di kenali sebagai Chef Papa Joe dan juga Food blogger  iaitu Puan Ruzita Idias Ismail merupakan juri pertandingan kali ini.

Pihak penganjur telah memilih 4 zon  untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 iaitu Zon Tengah di Shah Alam Selangor, Zon Selatan di Johor Bahru, Zon Pantai Timur di Kota Bharu Kelantan dan Zon utara di Alor Setar Kedah. Chef cuma beraksi sebagai emcee untuk zon pantai timur,  zon utara dan InsyaAllah pada final di KL nanti.

Pertandingan  akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 akan di adakan di Kuala Lumpur dimana setiap pemenang peringkat Zon akan berentap di peringkat akhir dan para pemenang akan ditawarkan hadiah yang cukup lumayan. Antara hadiah utamanya ialah juara pertandingan ini akan dapat mengerjakan Ibadah Umrah untuk dua orang. Wow hebat tu..

Pertandingan pada peringkat zon pantai timur ini disertai oleh 10 peserta dari pelbagai negeri dan yang menariknya ada dua peserta yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai pertandingan ini adalah dari Sarawak. Menarik kan.. Dah hadiah lumayan,  siapa tak nak ya tak?.

Dari segi pemarkahan pula, para juri menetapkan jumlah besar pemarkahan ialah 60% untuk rasa hidangan, 30% untuk penampilan dan hiasan dan 10 % kebersihan work station.

Berikut adalah senarai para pererta serta masakan mereka :

1. Suzaini Bin Sulaiman (Patin Salai Masak  Lemak Variasi Knorr)
2. Taibee Bin Hamdan (Lagenda Kari Ayam)
3. Hajijah Bt Bakir (Udang & Kicap H & H)
4. Noraezah Bt Salleh (Ikan Masak Lemak Kedondong)
5. Mohd Sharifudin Bin Saleh (Daging Gunting Kari Briani CItarasa Knorr)
6. Rabiah Bt Sulaiman (Masak Lemak Ayam Cendawan Knorr)
7. Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias Ahmad (Masak Lemak Ayam Salai Bersama Pucuk Ubi Ala Knorr)
8. Salina Bt Ismail (Ketam Merah Kari Knorr)
9. Mohd Hanif Bin Othman (Masak Lemak Wangi)
10.Nazura Bt Zainal Abidin (Satay Gulung Berkuah Kari Knorr).

Pada pusingan pertama 5 peserta akan bertarung terlebih dahulu dan pada pusingan kedua akan diikuti 5 peserta yang lain pula.

Dalam Cabaran Raja Kuah Knorr ini, kesemua para peserta diwajibkan menggunakan bahan-bahan perisa masakan yang ditaja oleh Knorr seperti Stok Ayam Knorr dan Knorr Pasti Sedap. Santan dan kicap pula menggunakan produk Harmuni. Manakala alatan memasak pula ditaja oleh jenama Butterfly. Para peserta juga dibenarkan membawa bahan-bahan lain serta  hiasan untuk menghias masakan mereka.

















Tiba lah masa yang ditunggu tunggu. Mengumumkan nama pemenang. Ini lah sebenarnya cabaran sebagai emcee. Semuanya berdebar debar termasuk chef sendiri. Bak kata Chef Hadzrin.. Beliau sempat bebisik pada Chef  ''ini lah saatnya yang paling kritikal dan penting peranan seseorang emcee pertandingan''  iaitu semasa mengumumkan nama pemenang.  Al maklum lah kita yang umumkan semua para pemenang kan.. Buatnya tersasul ke, terlepas  cakap ke.. Kan ke naya ye tak??  . Nak pulak hadiahnya pun boleh tahan lumayan. Nasib baik la semuanya terkawal dan under control. Alhamdulillah.. 

Perserta dari negeri Kedah iaitu Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias Ahmad dengan masakan  Masak Lemak Ayam Salai Bersama Pucuk Ubi Ala Knorr yang mana membawa pulang hadiah bernilai RM6,500.00 (termasuk barangan dari Penaja), diikuti pemenang tempat kedua Mohd Sharifudin Bin Saleh dengan masakan Daging Gunting Kari Beriani CItarasa Knorr yang membawa pulang hadiah bernilai RM4,000.00 (termasuk barangan dari penaja) dan pemenang tempat ketiga ialah Salina Bt Ismail dengan masakan Ketam Merah Kari Knorr yang membawa pulang hadiah bernilai RM2,500.00 (termasuk barangan dari penaja).

Sekian dulu untuk seketika. Nantikan entri Cabaran Raja kuah Knorr 2016 zon utara yang akan berlangsung di Alor Setar Kedah.
Wassalam.

Wednesday, 3 August 2016

           Premiere Century Ride 2016.


       Pada tarikh 31 Julai yang lalu telah berlangsung acara Klang Premiere Century Ride anjuran Premiere Hotel Bandar Bukit Tinggi Klang iaitu kayuhan suka suka atau 'Fun Ride' acara berbasikal Mountain Bike atau MTB dan juga Premiere Century Race telah pun berlangsung dengan meriahnya.

        Seramai hampir 1000 peserta dari dalam dan luar negara untuk acara Premiere Race berjaya menyertai acara itu untuk jarak sejauh 135 km manakala lebih 400 peserta pelbagai peringkat usia pula menyertai acara santai fun ride sejauh 18 km.

          Oleh kerana Chef hanya menyertai acara fun ride maka kebanyakan cerita kali ini tak dapat lagi nak cover cerita premiere race yang kebanyakannya peserta pro dan menggunakan basikal jenis road bike (RB) manakala geng geng fun ride kesemuanya mengunakan basikal jenis MTB.

          Seperti biasa bila ada acara kayuhan secara beramai ramai ni Chef bersama dengan geng geng santai kami akan bersiap sedia dengan segala keperluan yang perlu seperti menyiapkan MTB kami dalam keadaan yang siap siaga..hehehe. Basikal pun masing masing dah basuh siap siap, baju 'lumba'pun dah gosok, dan juga bekalan minuman air tenaga dan juga buah pisang juga telah tersedia. Cuma Chef aje yang rasanya tak sempat nak buat persiapan macam tu sebab memang tak sempat sebab malam sebelumnya Chef masih lagi berada di Kota Bharu dengan tugasan Emcee program masakan Pencarian Raja Kuah Knorr 2016 disana selama 3 hari. Sepatutnya dapat pulang awal tapi flight pula delay lebih 4 jam... Hai nasib la ya. Malam tu gerak dari KB pada jam 11.55 tengah malam, jadinya sampai di airport Subang pada jam 01.10 pagi. Gedebak gedebuk sampai rumah dah pukul 02.15 pagi.

       Esoknya nasib baik sahabat sahabat fun ride Chef buat morning call, kalau tak memang kelaut la jawabnya. Hehe. Kami bersiap menuju ke Bandar Bukit Tinggi Klang pada kira kira Jam 06.30 pagi dan sampai di sana lebih kurang pukul 7.00 pagi. Masa tu dah ramai orang rupanya sampai di lokasi. Difahamkan pihak urusetia baru sahaja melepaskan peserta Premiere Century Race. Kami meletak kereta kami di ruang parkir pusat membeli belah Tesco sebab rata rata kebanyakkan peserta yang datang semuanya park kat situ.

         Acara Fun Ride kami di lepaskan tepat jam 07.30 pagi dan semua para peserta kelihatan ceria dan teruja. Dengan diiringi dan di kawal lalulintas oleh abang abang Polis trafik Klang semuanya lancar dengan perjalanan sejauh 18 km menyelusuri jalan jalan dibandar Klang. Antara jalan yang dilalui ialah Jalan depan Hospital, jalan depan stesen komputer melalui bangunan Mahkamah Klang kemudian kami lalu pula di Jambatan Kota yang penuh nostalgia tu sebelum berpatah balik menuju ke Hotel Premiere Bandar Bukit Tinggi.

        Kami tiba dengan selamat di grid Finish Line kira kira jam 8.30 pagi seterusnya di kalungkan medal penyertaan oleh pihak urusetia.

       Biarlah gambar gambar bercerita betapa meriahnya acara yang kami sertai.

       Lepas ni banyak sebenarnya acara fun ride dan jamboree menanti kami. Tak tau lagi nak masuk yang mana satu kerana tarikh berlangsung semuanya dekat dekat. Maklumlah bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

       Ok lah setakat ni dulu catatan ringkas Chef kali ni.. Ada cerita baru kita update lagi yea...Sekian dulu,  Wassalam...