Monday, 1 October 2018

Pada 30 September 2018 yang lalu telah berlangsung nya Karnival Harmoni anjuran AMK Kapar dengan sekongan Ketua Cabang Kapar Yang Berbahagia Dato Azizi Ayob telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan dan padang Sekolah Kebangsaan Kg Sementa.

Karnival tahunan yang bertujuan memberikan ruang untuk masyarakat setempat dan penduduk di sekitar Kg Sementa beriadah dan juga menyertai temasya sukan rakyat. Antara acara yang di rancang termasuk pameran motor retro, pertandingan karaoke, peraduan teka biji kacang, teka pisang, sukan rakyat kategori lelaki dan juga wanita. Tidak ketinggalan acara jualan makanan dan minuman, food truck yang menyediakan hidangan istimewa untuk para pengunjung. Penutup acara karnival telah pun berlangsung perlawanan bola sepak antara pasukan pilihan artis seperti  Aweera, Fiq Mentor, Kieran dan lain lain lagi menentang pasukan Sementa FC.

Karnival Harmoni Kapar telah pun melabuhkan tirainya namun banyak peristiwa dan kejayaan telah pun dilakarkan kelmarin. TSJ telah menghantarkan sejumlah kontijen untuk mempersembahkan aksi terbaik. Hasilnya beberapa rekod baru kejohanan telah tercipta.

Keceriaan kem TSJ bermula dengan kejayaan Kapten Huri mengondol tempat pertama dengan acara bolajaring, diikuti oleh adik Aiman Zaki, Jumali dan juga Fazli di acara Pijak belon sampai pecah. Jikalau tadinya adik Aiman berjaya mendapat tempat ketiga diacara Pecah belon kini giliran bapanya pula menjulang kejayaan di acara lempar tin dengan selipar.

Dalam acara sepak penalti berpasukan pula TSJ telah menghantarkan dua pasukan unggulnya iaitu TSJ A dan TSJ B. Walaupun pasukan TSJ A berjaya melepasi peringkat kumpulan dan layak ke  pusingan suku akhir namun TSJ B terkandas di peringkat kumpulan.

Namun kem TSJ di gembirakan dengan kemenangan satu dua pada acara boling buah kelapa. Kejayaan tersebut di tempa oleh Mohd Tarmidi dengan beroleh tempat naib juara dengan 20 jatuhan pin mana kala Hafiz telah dinobatkan selaku juara baru kerana berjaya memperoleh 29 jatuhan pin.




Acara penyampaian hadiah telah sempurna kan oleh Dato Azizi Ayob Ketua Cabang Kapar, dan majlis berakhir pada jam 7.00 malam.
Apapun tahniah diucapkan kepada semua atlit yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kepada atlit yang gagal, jangan kecewa dan cuba lagi di temasya akan datang.

Tahniah semua. Anda memang Hebat!!